Thursday 23 June 2011

Malaysia semakin hampir ke Olimpik!

Malaysia 2-1 Lubnan
Muhammad Irfan Fazail
Wan Zack Haikal Wan Nor
Chadi Atie

Ulasan separuh masa pertama :
Pasukan Malaysia kelihatan gugup pada 10 minit pertama perlawanan. Banyak hantaran hantaran dapat dipintas oleh pemain pemain Lubnan. Namun selepas itu, Malaysia mula mendapat rentak dan mula membuat serangan serangan berbahaya ke arah gawang Lubnan. Hasil daripada situasi sepakan penjuru pendek Malaysia berjaya mendahului dengan jaringan Muhammad Irfan Fazail apabila dia merembat kencang ke penjuru gol menewaskan penjaga gol Lubnan. Lubnan cuba untuk menyerang namun kekebalan benteng Malaysia berjaya mematahkan semua serangan mereka. Malaysia mengekalkan rentak menyerang dan akhirnya mereka berjaya menggandakan kelebihan apabila hantaran cantik Gary Robart melalui celahan pemain pemain Lubnan berjaya disudahkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor dengan penuh bergaya. Separuh masa pertama berakhir 2-0.

Ulasan Separuh masa kedua :
Malaysia yang selesa dengan kelebihan 2 gol mengawal rentak perlawanan. Lubnan yang semakin terdesak terus melancarkan serangan serangan berbahaya ke arah gawang Malaysia. Pemain Lubnan, Muhammad Haidar merupakan ancaman yang paling hebat untuk barisan benteng Malaysia. Larian pantas dan kawalan bola yang baik membuatkan benteng Malaysia kucar kacir. Serangan demi serangan dilancarkan memberi tekanan kepada pemain pemain Malaysia. Gary Robart menjadi mangsa tekanan apabila dia dilayangkan kad kuning kedua setelah mengasari pemain tengah Lubnan. Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang pemain untuk tempoh 30 minit. Corak permainan Malaysia berubah daripada menyerang kepada bertahan bermati matian namun serangan serangan Lubnan membuahkan hasil apabila mereka memperolehi gol hasil tandukan Chadi Atie. Lubnan terus menyerang dengan penuh keyakinan namun benteng Malaysia kental bertahan dan akhirnya Malaysia semakin hampir ke Olimpik apabila pengadil meniupkan wisel penamat.

1 comment: