Wednesday 29 June 2011

Harapan Piala Dunia 2014 Brazil

Malaysia 2-1 Taiwan
Syafiq Rahim
Aidil Zafuan
Chen Po Liang

Sunday 26 June 2011

Bola Sepak Antarabangsa

Gold Cup 2011 (final)
Mexico 4-2 USA
Micheal Bradley
Landon Donovan
Barrera
Andres Guardado
Barrera
Giovani Dos Santos

EURO U21 (final)
Spain 2-0 Switzerland
A.Herrera
Thiago Alcantara

Thursday 23 June 2011

Malaysia semakin hampir ke Olimpik!

Malaysia 2-1 Lubnan
Muhammad Irfan Fazail
Wan Zack Haikal Wan Nor
Chadi Atie

Ulasan separuh masa pertama :
Pasukan Malaysia kelihatan gugup pada 10 minit pertama perlawanan. Banyak hantaran hantaran dapat dipintas oleh pemain pemain Lubnan. Namun selepas itu, Malaysia mula mendapat rentak dan mula membuat serangan serangan berbahaya ke arah gawang Lubnan. Hasil daripada situasi sepakan penjuru pendek Malaysia berjaya mendahului dengan jaringan Muhammad Irfan Fazail apabila dia merembat kencang ke penjuru gol menewaskan penjaga gol Lubnan. Lubnan cuba untuk menyerang namun kekebalan benteng Malaysia berjaya mematahkan semua serangan mereka. Malaysia mengekalkan rentak menyerang dan akhirnya mereka berjaya menggandakan kelebihan apabila hantaran cantik Gary Robart melalui celahan pemain pemain Lubnan berjaya disudahkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor dengan penuh bergaya. Separuh masa pertama berakhir 2-0.

Ulasan Separuh masa kedua :
Malaysia yang selesa dengan kelebihan 2 gol mengawal rentak perlawanan. Lubnan yang semakin terdesak terus melancarkan serangan serangan berbahaya ke arah gawang Malaysia. Pemain Lubnan, Muhammad Haidar merupakan ancaman yang paling hebat untuk barisan benteng Malaysia. Larian pantas dan kawalan bola yang baik membuatkan benteng Malaysia kucar kacir. Serangan demi serangan dilancarkan memberi tekanan kepada pemain pemain Malaysia. Gary Robart menjadi mangsa tekanan apabila dia dilayangkan kad kuning kedua setelah mengasari pemain tengah Lubnan. Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang pemain untuk tempoh 30 minit. Corak permainan Malaysia berubah daripada menyerang kepada bertahan bermati matian namun serangan serangan Lubnan membuahkan hasil apabila mereka memperolehi gol hasil tandukan Chadi Atie. Lubnan terus menyerang dengan penuh keyakinan namun benteng Malaysia kental bertahan dan akhirnya Malaysia semakin hampir ke Olimpik apabila pengadil meniupkan wisel penamat.

Saturday 18 June 2011

Pasukan Kebangsaan Kita

18 JUN 2011
Malaysia 2-0 Myanmar
Baddrol Bakhtiar
Amirulhadi Zainal

19 JUN 2011
Skuad Olimpik Malaysia 0-0 Lebanon

Monday 13 June 2011

Info Injury (Kecederaan Tulang Rawan).

Kecederaan tulang rawan berlaku di bahagian lutut. Apabila atlet membengkokkan lututnya, tulang paha akan bergerak gerak dan meniskus atau lebih dikenali sebagai rawan akan bertindak sebagai kusyen. Dalam keadaan tertentu, atas sebab tekanan yang kuat rawan ini akan terkoyak dan akan menyebabkan kecederaan. Kecederaan ini akan menyebabkan kesakitan pada bahagian lutut dan juga bengkak. Dalam sesetengah kes, bengkak ini akan surut selepas beberapa hari dan aktiviti aktiviti normal dapat iteruskan seperti biasa. Tetapi, adakalanya kesakitan dan bengkak akan menjadi lebih teruk. Rawatan untuk keadaan ini adalah melalui pembedahan. Biasanya pembedahan ini dijalankan menggunakan arthroscopy untuk mengurangkan risiko arthritis lutut.

Sunday 12 June 2011

Terenganu julang Piala FA 2011.

Terengganu 2-1 Kelantan
Nurul Azwan Roya
Daudsu Jamalludin (OG)
Ahmad Nordin Alias

Posesi bola : Terengganu (52%) Kelantan (48%)
Percubaan/tepat : Terengganu (10/6) Kelantan (10/5)
Penjuru : Terengganu (8) Kelantan (4)
Kad kuning : Terengganu (7) Kelantan (5)
Kad Merah : Terangganu (0) Kelantan (0)

Ulasan separuh masa pertama :
Terengganu menunjukkan kawalan bola yang baik serta hantaran hantaran yang tepat manakala Kelantan mengambil masa untuk mendapat rentak. Kedua dua pasukan banyak melakukan serangan melalui pemain pemain sayap. Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.

Ulasan separuh masa kedua :
Pasukan Kelantan mula mendapat rentak serangan mereka. Chanturu dan Nurul Azwan Roya mula merobek benteng Terengganu dengan larian larian pantas dan mengelirukan. Pada minit ke 80, Nurul Azwan Roya menjaringkan gol yang cantik apabila beliau berlari melepasi pemain pertahanan Terengganu sebelum menyungkit bola melepasi penjaga gol Terengganu. Menuju masa penamat, pemain Kelantan memulakan taktik 'membuang masa' dan bermain dengan sambil lewa. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh pemain Terengganu untuk menyerang dan hasilnya gol jaringan sendiri oleh Daudsu Jamalludin apabila dia cuba menanduk keluar bola hasil rembatan penyerang Terengganu. Separuh masa kedua berakhir 1-1.

Ulasan masa tambahan :
Terengganu terus mendominasi permainan dan mengekalkan rentak serangan dan Kelantan dilihat bergelut untuk bersaing dengan corak permainan Terengganu. Serangan demi serangan dilancarkan dan akhirnya Terengganu memperoleh gol kemenangan melalui rembatan volley daripada Ahmad Nordin Ismail ketika masa tambahan berbaki 7 minit. Kelantan tersentak dan cuba untuk menyerang tetapi semuanya sudah terlambat dan Kelantan terpaksa menunggu setahun lagi untuk peluang menjulang Piala FA.

Permain terbaik perlawanan :
Joseph Kalang Tie (Terengganu)

Thursday 9 June 2011

Kinesiology tape.

Kinesiology tape adalah kaedah terbaru untuk mengubati dan mengelakkan kecederaan kecederaan bersukan seperti terseliuh dan tegang otot. Ramai pemain pemain bola sepak terkemuka menggunakan Kinesiology Tape yang berwarna warni antaranya adalah David Beckham, Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale. Kinesiology Tape ini biasanya dipakai di bahagian peha dan betis untuk mengelakkan Hamstring. Penggunaan Kinesiology tape ini membantu memulihkan kecederaan otot dan sendi dalam jangka masa yang lebih cepat. Ramai atlet mengakui penggunaan Kinesiology ini dapat mengurangkan risiko kecederaan otot dan sendi dan sekiranya otot tercedera, ia dapat membantu memulihkan kecederaan dengan cepat dan secara semulajadi.
Kinesiology Tape mempunyai beberapa potongan selain daripada ianya berwarna warni. Potongan X, Y dan I direka supaya Kinesiology Tape ini berupaya untuk meniru struktur dan susunan otot dengan sebaik mungkin dan supaya ia dapat dilekatkan pada bahagian yang tercedera dengan lebih sempurna.

Wednesday 8 June 2011

Info Injury (Hamstring).

Hamstring adalah kecederaan yang biasa berlaku ketika bersukan. Hamstring juga dikenali dengan istilah 'tegang otot'. Istilah ini diperolehi daripada bagaimana kecederaan ini berlaku dimana otot akan berasa seolah olah berada dalam keadaan tegang. Biasanya Hamstring berlaku kerana otot dipaksa untuk merenggang melebihi tahap regangannya sehingga menyebabkan tisu otot terkoyak. Tahap kekoyakan tisu ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu kekoyakan tahap satu, dua dan tiga dimana tahap satu adalah yang paling minima. Rawatan awal yang boleh diberikan adalah RICE (rest, ice, compression dan elevation) dan seterusnya berehat bergantung kepada tahap kekoyakan.

Pesanan : BALUT ais dengan kain sebelum dikenakan di tempat yang cedera.

Pasukan Kebangsaan Kita.

3 JUN 2011
Malaysia 1-1 Hong Kong
Penjaring gol :
Chan Siu Ki
Abdul Hadi Yahya

7 JUN 2011
Kemboja 1-0 Malaysia
Kouch Sokumpheak

Tuesday 7 June 2011

Beli? Jual? Pinjam?

Tingkap perpindahan EPL telah dibuka setelah kempen musim ini menyaksikan EPL menobatkan Manchester United sebagai juara baru dan menyaksikan Birmingham, Blackpool dan West Ham United tersungkur di dasar liga dan menyaksikan mereka tersingkir dari liga berprestij itu.
Musim ini menyaksikan beberapa pasukan gergasi yang gah pada awal musim mula  terumbang ambing pada separuh kedua musim dengan persembahan kurang konsisten serta kecederaan beberapa pemain utama mereka menyebabkan mereka gagal untuk menempatkan pasukan mereka di tempat terbaik di dalam liga. Situasi ini menyebabkan beberapa pengurus pasukan mula mengorak langkah untuk memperkuatkan pasukan mereka. Pasukan pasukan yang baru dinaikkan ke liga perdana juga dilihat ingin memperkuatkan pasukan mereka musim hadapan untuk mengharungi liga paling kompetitif di dunia. Selain itu, pemain pemain  veteran yang bersara juga mendorong pengurus pasukan untuk berbelanja pada musim perpindahan ini. Di sini saya akan menyenaraikan perpindahan perpindahan pemain utama di liga perdana inggeris.

Gael Clichy (Arsenal ke Manchester City)
Ali Al Habsi (Bolton Wanderers ke Wigan Athletic)
Connor Wickham (Ipswish Town ke Sunderland)
David De Gea (Atletico Madrid ke Manchester United)
Ashley Young (Aston Villa ke Manchester United)
Ben Tozer (Newcastle United ke Northampton United)
Jamie O'Hara (Tottenham Hotspurs ke Wolverhampton Wanderers)
Sebastian Larsson (Birmingham City ke Sunderland)
Jordan Henderson (Sunderland ke Liverpool)
Demba Ba (West Ham United ke Newcastle United)
Kevin Nolan (Newcastle United ke West Ham United)
Phil Jones (Blackburn ke Manchester United)
Yohan Cabaye (Lille ke Newcastle United)
Ahmed Al Muhammadi (ENPPI Club ke Sunderland)
Carl Jenkinson (Charlton Athletic ke Arsenal)
Brad Friedel (Aston Villa ke Tottenham Hotspurs)
Micheal Mancienne (Chelsea ke Hamburg SV)
James Vaughan (Everton ke Norwich City)

Pasukan Impian EPL.

Liga Perdana Inggeris telah melabuhkan tirainya dengan Manchester United dinobatkan sebagai juara liga dan juara musim lepas Chelsea sebagai naib juara manakala Manchester City dan Arsenal melengkapkan slot ke Liga Juara Juara Eropah. Musim ini menyaksikan beberapa pemain yang menunjukkan persembahan yang konsisten dan menakjubkan. Di sini disenaraikan 11 pemain yang melengkapkan Pasukan Impian EPL.

Ben Foster (Birmingham)
Robert Huth (Stoke City)
Brede Hangeland (Fulham)
Nemanja Vidic (Manchester United)
Leighton Baines (Everton)
Rafael Van Der Vaart (Tottenham Hotspurs)
Dirk Kuyt (Liverpool)
Charlie Adam (Blackpool)
Luis Almeida Da Cunha (Manchester United)
Carlos Tevez (Manchester City)
Robin Van Persie (Arsenal)

sumber : footballscout