Monday 13 June 2011

Info Injury (Kecederaan Tulang Rawan).

Kecederaan tulang rawan berlaku di bahagian lutut. Apabila atlet membengkokkan lututnya, tulang paha akan bergerak gerak dan meniskus atau lebih dikenali sebagai rawan akan bertindak sebagai kusyen. Dalam keadaan tertentu, atas sebab tekanan yang kuat rawan ini akan terkoyak dan akan menyebabkan kecederaan. Kecederaan ini akan menyebabkan kesakitan pada bahagian lutut dan juga bengkak. Dalam sesetengah kes, bengkak ini akan surut selepas beberapa hari dan aktiviti aktiviti normal dapat iteruskan seperti biasa. Tetapi, adakalanya kesakitan dan bengkak akan menjadi lebih teruk. Rawatan untuk keadaan ini adalah melalui pembedahan. Biasanya pembedahan ini dijalankan menggunakan arthroscopy untuk mengurangkan risiko arthritis lutut.

No comments:

Post a Comment