Thursday 9 June 2011

Kinesiology tape.

Kinesiology tape adalah kaedah terbaru untuk mengubati dan mengelakkan kecederaan kecederaan bersukan seperti terseliuh dan tegang otot. Ramai pemain pemain bola sepak terkemuka menggunakan Kinesiology Tape yang berwarna warni antaranya adalah David Beckham, Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale. Kinesiology Tape ini biasanya dipakai di bahagian peha dan betis untuk mengelakkan Hamstring. Penggunaan Kinesiology tape ini membantu memulihkan kecederaan otot dan sendi dalam jangka masa yang lebih cepat. Ramai atlet mengakui penggunaan Kinesiology ini dapat mengurangkan risiko kecederaan otot dan sendi dan sekiranya otot tercedera, ia dapat membantu memulihkan kecederaan dengan cepat dan secara semulajadi.
Kinesiology Tape mempunyai beberapa potongan selain daripada ianya berwarna warni. Potongan X, Y dan I direka supaya Kinesiology Tape ini berupaya untuk meniru struktur dan susunan otot dengan sebaik mungkin dan supaya ia dapat dilekatkan pada bahagian yang tercedera dengan lebih sempurna.

2 comments:

  1. good2..ada tgk rowers korea pakai aritu masa asia cup rowing.ni rupanya.nak try pakai la nanti..hehe

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing a bunch of this quality contents, I have bookmarked your blog. Please also explore advice from my site. I will be back for more quality contents. buy kinesiology tape

    ReplyDelete