Wednesday 8 June 2011

Info Injury (Hamstring).

Hamstring adalah kecederaan yang biasa berlaku ketika bersukan. Hamstring juga dikenali dengan istilah 'tegang otot'. Istilah ini diperolehi daripada bagaimana kecederaan ini berlaku dimana otot akan berasa seolah olah berada dalam keadaan tegang. Biasanya Hamstring berlaku kerana otot dipaksa untuk merenggang melebihi tahap regangannya sehingga menyebabkan tisu otot terkoyak. Tahap kekoyakan tisu ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu kekoyakan tahap satu, dua dan tiga dimana tahap satu adalah yang paling minima. Rawatan awal yang boleh diberikan adalah RICE (rest, ice, compression dan elevation) dan seterusnya berehat bergantung kepada tahap kekoyakan.

Pesanan : BALUT ais dengan kain sebelum dikenakan di tempat yang cedera.

1 comment: