Saturday 30 July 2011

Jatuh bangun bersama! AAUUMM!!

Ngauman Harimau Malaya akan terus bergema di pelosok Asia Tenggara walaupun kita gagal untuk meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil. Skuad Harimau Malaya yang rata rata dibarisi pemain pemain muda pasti akan terus berjuang demi kebangkitan sukan bola sepak tanah air. Sedikit masa dan pengalaman lagi diperlukan untuk mematangkan mereka dan seterusnya melahirkan skuad yang pasti akan digeruni di Asia. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada peminat peminat bola sepak negara di atas sokongan padu yang diberikan. Selagi adanya sokongan yang sebegini rupa, pasti dan pasti sukan bola sepak di Malaysia tidak akan mati begitu sahaja. Majulah sukan untuk negara, majulah bola sepak demi maruah Malaysia.

"This is not the end, this is only just the beginning"

No comments:

Post a Comment