Tuesday 13 September 2011

Doakan Kejayaan Safee Sali


Nama Safee Sali bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak Malaysia. Selepas memenangi Piala AFF Suzuki dan juga pemenang kasut emas dalam pertandingan yang sama, nama Safee Sali terus menarik minat beberapa kelab bola sepak antarabangsa. Dia yang kini bermain untuk Pelita Jaya dalam Liga Indonesia berpeluang untuk mengembangkan lagi kareernya selaku seorang pemain bila sepak profesional apabila dia dipanggil untuk menjalani sesi percubaan di kelab divisyen dua Cardiff City. Sesi percubaan selama dua minggu ini membuka peluang kepada Safee Sali untuk menjadi pemain Malaysia pertama yang akan bermain di Liga Inggeris. Seandainya dia berjaya, pasti arena sukan Malaysia akan bertambah baik terutamanya sukan bola sepak. Sama samalah kita mendoakan kejayaan Safee Sali di Cardiff City. Pastikan semangat Harimau Malaya kita tidak akan pernah terpadam. Semoga berjaya Safee Sali! AAUUMM!!

No comments:

Post a Comment