Wednesday 21 September 2011

Kelayakan Olimpik bermula

Pasukan Malaysia yang diundi bersama Jepun, Bahrain dan Syria akan memulakan perjuangan mereka malam ini menentang jaguh Asia iaitu Jepun di stadium Tosu. Anak buah Ong Kim Swee akan menghadapi salah satu pasukan terbaik asia dan ini merupakan medan terbaik untuk pemain pemain muda negara menunjukkan taring mereka yang sebenarnya. Walaupun pasukan Jepun kehilangan tonggak pemain tengah mereka kerana kecederaan, pasukan negara tetap perlu memberi 100% usaha dan semangat jika mereka mahu menjinakkan Jepun di laman sendiri. Selaku peminat sukan bola sepak negara, pastikan kita sentiasa mendoakan kejayaan pasukan Malaysia disamping memberi sokongan padu kepada mereka. Semoga barisan anak buah Ong Kim Swee dapat mengembalikan kegemilangan pasukan bola sepak kita dengan melayakkan diri ke Sukan Olimpik.
Semoga berjaya Harimau Malaya! AAUUMM!!

No comments:

Post a Comment